Monday, July 13, 2009

orang cakap kau cantik, orang itu penipu

hai
saya aina

saya sangat mudah terpengaruh.
tak kiralah, dengan apa sahaja.

contoh:

mj dah mati. mtv asyik siarkan tribute to mj dengan lagu lagu yang dianggap boleh menaikkan semua bulu di seluruh badan anda, termasuk lah di *teekkkk

aku tak pernah meminati mj, dan tak pernah ada langsung lagu dia, dan memang tak pernah tengok langsung mana mana vc dia.

tapi aku tahu dia boleh buat moonwalk yang sangat bergaya. **sreekk sreeekk sreekk





semalam, aku dah download lebih kurang 10 lagu dia termasuk lagu yang tak berapa sedap macam childhood.


***


contoh terbaru. paling latest. hot hot hot:

aku baru sahaja terbaca blog yang nama dia aku terpaksa rahsiakan kat sini.

dan ada orang komen tentang gambar budak muda zaman sekarang yang suka tangkap gambar dengan mulut muncung.





aku dah delete semua gambar muncung aku di fs, fb termasuk yang aku simpan di pc.

terima kasih kepada beliau. saya sayang anda.



petunjuk:

* bunyi kalau senset. bukan tetek
** bunyi kalau kita seret kaki kat simen dan cuba buat moonwalk macam mj tapi tak jadi

Wednesday, July 1, 2009

iklan lazat 01 : fisio gold

iklan susu kanak kanak.

lazat je bila nampak budak lelaki comel dalam iklan ni tarik bantal yang atuk dia buat sandar kat belakang badan masa duduk kat kerusi malas.

kek bantal.

lazat macam dalam cerita hensel and gretel yang kena culik dengan witch yang rumah dia dibuat daripada all kinds of sweet tapi witch tuh jahat sebab semua tuh umpan je sebab dia sebenarnya nak makan hensel.

kalau tak silap aku lah.




oh btw, dah masuk bulan julai. dua puluh hari lagi sehingga hari besar.

sedap.

Saturday, June 27, 2009

tak ada logika

situasi dia macam ni:

di sebuah tempat yang sunyi, yang mana tempat yang langsung jarang jarang sekali dikunjungi orang ramai, boleh kata memang langsung tak ada orang,

hutan;
atas bukit;
lombong terbiar;
etc etc;

dua orang lelaki ataw seorang lelaki dan seorang lagi perempuan, ataw dua dua perempuan pun boleh juga, mana mana lah, sedang berbincang mengenai sesuatu perkara.

mereka ingin melakukan sesuatu perkara yang jahat seperti merompak, merogol, membunuh, dan segala macam perkara jahat yang sewaktu dengannya.

sambil sambil berbincang, mereka bergelak ketawa, serta tangan memegang sepuntung rokok yang sudah separuh dihisap. asap berkepul kepul keluar daripada mulut masing masing dan rokok pun sudah hampir habis.

mereka ambil lagi sepuntung dan hisap lagi dan terbahak lagi.

sang kawan telah menemui jalan terbaik untuk melaksanakan rancangan jahat mereka.

sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, sang kawan seorang lagi bertanya mengenai habuan yang bakal mereka perolehi. sang kawan menepuk nepuk bahu sang kawan seorang lagi dan senyum. kemudian, sang kawan seorang lagi juga senyum.

ok, sudah tahu matlamat dan habuan masing masing.

sekarang, rancangan jahat mereka ialah:

sang kawan berbisik sambil meletakkan tangannya di telinga sang kawan seorang lagi di tempat yang sunyi yang memang tiada siapa akan tahu rancangan jahat mereka di;

hutan;
atas bukit;
lombong terbiar;
etc etc;

persoalannya sekarang,

apa fungsi lokasi perbincangan mereka?
dan, apa rancangan jahat mereka?

tunggu episod seterusnya.




bodoh!